“Susahlah cikgu, saya sudah tidak tahu mahu
buat apa.”
"Yalah, cikgu. Kitaorang sudah tak ada idea."
Sebaliknya, saya bina keyakinan mereka dengan
menaikkan self-esteem pelajar-pelajar yang sudah hampir padam. Saya cari
kebaikan yang ada kepada pelajar-pelajar 5 Dedikasi. Sebaik menemui kebaikan
mereka, saya puji dan dorong menggunakan Teknik Nabi Muhammad.
“Cikgu, malulah. Janganlah tengok!”
“Wah, cikgu kagum! Sekarang kamu mencipta kapal terbang kertas Air Asia. Suatu hari nanti, insha-Allah kamu akan mencipta kapal terbang Air Asia dan pesawat MAS yang sebenar untuk negara pula.”
Ketika menghampiri satu kumpulan pelajar perempuan, saya berkata; “Wah bagus! Kumpulan kamu kreatif mencipta bakul. Nanti kamu akan boleh membuat bakul daripada rotan pula. Ia boleh dijual. Dengan itu, kamu akan mempunyai pendapatan.”
Sebaik saya pergi dari tempat mereka, pelajar di dalam kumpulan tadi mula mewarnakan hasil lukisan mereka secara bersama.
“Cikgu, ini hasil kerja saya.” Dia menunjukkan pesawat kertas putih kosong kepada saya.
Ustazah Siti Khadijah
"Yalah, cikgu. Kitaorang sudah tak ada idea."
“Cikgu, tak seronoklah buat benda ini. Bukan
dapat apa pun. Kita buat kerja sendiri sahajalah.”
“Cikgu janganlah tengok. Kami malu.”
“Cikgu, tengok! Dia buat roket cikgu.”
Inilah respon pelajar ketika saya
meronda-ronda di dalam kelas 5 Dedikasi selepas mereka memberi salam sebentar
tadi. Pelajar-pelajar 5 Dedikasi sudah hilang semangat mahu meneruskan aktiviti
Hasil Kreatif sempena Program Maju Diri pada hari tersebut.
Memandangkan aktiviti yang berlangsung ketika
itu adalah aktiviti Hasil Kreatif, setiap kumpulan yang telah dibekalkan dengan
beberapa keping kertas putih bersaiz A4 harus menghasilkan seberapa banyak
hasil kreatif dengan menggunakan kertas putih tersebut. Kumpulan pelajar yang
paling banyak mencipta hasil kreatif menggunakan putih akan dikira sebagai
pemenang.
Berdasarkan pengalaman mengaplikasi Teknik
Nabi Muhammad, apabila seorang pelajar tidak bersemangat atau kurang tumpuan
terhadap pelajaran, saya sedia maklum bahawa self-esteem pelajar berada di
tahap yang rendah. Kerana itu, mereka tidak mempunyai keyakinan kepada diri
sendiri untuk mendorong diri mereka agar tetap belajar atau meneruskan kerja
-kerja yang diarahkan guru. Hal sebegini boleh diselamatkan dengan aplikasi Teknik
Nabi Muhammad.
Bagi kembali menaikkan self-esteem
pelajar-pelajar 5 Dedikasi, saya tidak melakukan perkara-perkara berikut;
- Saya tidak memarahi mereka dengan berkata, “Kamu ini bagaimana? Dari tadi guru kamu masuk menjalankan aktiviti, baru satu hasil kreatif kamu?” (Salah)
- Saya tidak kritik mereka dengan berkata, “Itulah, lain kali guru mengajar pasang telinga. Lihat dan dengar bagaimana guru menerangkan. Barulah kamu faham dan tahu apa yang bakal kamu hasilkan. Ini tidak, setengah jam guru kamu berada di dalam kelas kamu tidak dapat apa-apa manfaat.” (Salah)
- Saya tidak menyiasat mereka dengan berkata, “Setengah jam pertama tadi, apa yang kamu buat? Sehingga sekarang ada kumpulan yang langsung tidak membuat hasil kreatif? Kamu main ya?” (Salah)
Sewaktu melintasi kumpulan pelajar yang masih
duduk di dalam kumpulan sambil memegang kertas-kertas putih, saya puji mereka
menggunakan pujian gaya Nabi Muhammad.
“Wah, cikgu kagum pada kerjasama yang
ditunjukkan oleh kumpulan ini. Walaupun mereka masih belum mempunyai hasil kreatif
yang benar-benar siap, mereka tetap berusaha dengan memikirkan apakan
hasil-hasil yang dapat dicipta menggunakan kertas putih di tangan mereka. Orang
yang tetap berusaha memikir sudah pun diberi pahala oleh Allah walaupun hasil
kerjanya belum siap. Allah suka pada orang yang tidak putus asa.”
Kumpulan pelajar yang dipuji tersenyum-senyum
mendengar kata-kata saya. Mereka duduk dalam kumpulan memberikan kerjasama
bersama rakan-rakan yang lain meneruskan aktiviti Hasil Kreatif. Kalau tadi
mereka masih bermain-main dengan kertas di tangan, kali ini mereka sudah
mengambil kertas baru. Satu kertas putih sebelum ini disudahkan oleh
rakan-rakan di sebelah kiri mereka, satu lagi kertas putih sudah dilakar dengan
lukisan tangan oleh rakan-rakan pelajar perempuan yang duduk di sebelah kanan.
Saya tersenyum suka. Dengan Teknik Nabi
Muhammad, sesuatu yang sukar akan menjadi mudah sekiranya betul aplikasinya.
“Cikgu, malulah. Janganlah tengok!”
“Tidak perlu malu. Ini percubaan pertama
kamu. Memanglah akan kelihatan banyak kekurangan dan tidak sempurna. Cikgu
yakin, sekiranya kumpulan kamu terus mencuba, percubaan kedua kumpulan kamu
tentu akan lebih baik daripada yang sebelum ini.” Balas saya memugar keyakinan
mereka.
Syukur, kata-kata saya menampakkan hasil. Kumpulan
pelajar yang tadi malu dan segan mahu menunjukkan hasil kerja mereka mula
meletakkan kertas putih yang telah dibentuk di atas meja.
“Kita buat rekaan lain pula. Ini yang
pertama, kali ini yang kedua akan lebih bagus.”
“Cikgu, tengok dia cikgu. Dia buat roket.”
Seorang pelajar lelaki yang duduk dalam kumpulan pelajar di hadapan kelas
mengadu.
Saya segera menghampiri pelajar yang
dimaksudkan. Pelajar tersebut kelihatan takut-takut. Pesawat kertas yang
bertulisan tangan ‘Air Asia’ disorokkan di bawah lengannya.
“Biar cikgu lihat.” Pinta saya kepada pelajar
tersebut.
“Wah, cikgu kagum! Sekarang kamu mencipta kapal terbang kertas Air Asia. Suatu hari nanti, insha-Allah kamu akan mencipta kapal terbang Air Asia dan pesawat MAS yang sebenar untuk negara pula.”
Pelajar tersebut senyap sahaja mendengar
respon saya. Namun selepas dipuji, dia tidak menyorokkan kapal terbang
kertasnya lagi. Sebaliknya, kapal terbang kertasnya diletakkan elok di atas
meja. Sekiranya tadi dia hanya menulis perkataan ‘Air Asia’ di sayap kapal
terbang, kali ini dia sudah mula mewarnakan perkataan tersebut menggunakan
pensil warna berwarna merah. Di bahagian sudut lain, dia menambah logo ‘1
Malaysia’ pula. Berhasil! Teknik Nabi Muhammad membuatkan self-esteemnya naik
dan risiko sosialnya bersama guru menjadi hilang. Dia sedang mendorong dirinya
sendiri untuk menjadi lebih cemerlang. Subhanallah.
Saya berjalan lagi ke arah kumpulan-kumpulan
yang lain. Saya dorong semua kumpulan menggunakan Teknik Pujian Gaya Nabi
Muhammad (cari kebaikan + puji kebaikan tersebut + sebutkan impaknya).
Ketika menghampiri satu kumpulan pelajar perempuan, saya berkata; “Wah bagus! Kumpulan kamu kreatif mencipta bakul. Nanti kamu akan boleh membuat bakul daripada rotan pula. Ia boleh dijual. Dengan itu, kamu akan mempunyai pendapatan.”
Mereka suka mendengar kata-kata saya.
“Cikgu, boleh kami ambil kertas kosong lagi?”
“Boleh.” Balas saya.
Satu kelas khusyuk mencipta hasil kreatif
mereka bersama kumpulan. Tiada yang curi tulang atau bermalas-malas seperti
mula-mula sesi P&P tadi.
Kepada kumpulan pelajar yang melukis, saya puji hasil lukisan mereka dengan berkata,
"Bagus, cantik lukisan kamu. Memang kamu mempunyai bakat menjadi seorang pelukis. Cikgu doakan kamu menjadi pelukis terkenal suatu hari nanti. Lukisan kamu ini memang cantik, sekiranya diwarnakan tentu akan kelihatan lebih cantik."
Kepada kumpulan pelajar yang melukis, saya puji hasil lukisan mereka dengan berkata,
"Bagus, cantik lukisan kamu. Memang kamu mempunyai bakat menjadi seorang pelukis. Cikgu doakan kamu menjadi pelukis terkenal suatu hari nanti. Lukisan kamu ini memang cantik, sekiranya diwarnakan tentu akan kelihatan lebih cantik."
Sebaik saya pergi dari tempat mereka, pelajar di dalam kumpulan tadi mula mewarnakan hasil lukisan mereka secara bersama.
Beberapa minit kemudian, saya pusing-pusing
lagi melihat dan menilai hasil kerja pelajar-pelajar 5 Dedikasi. Sudah banyak
hasil kreatif terhasil tidak sampai setengah jam. Ia benar-benar berbeza dengan
setengah jam pertama mereka bersama guru sebelum ini. Tadi mereka hanya mencipta satu hasil kreatif sahaja, malah ada kumpulan yang tidak buat apa-apa. Kini, sudah pelbagai bentuk hasil kreatif ciptaan kumpulan mereka. Ada lukisan yang cantik, ada bintang, pesawat Air Asia & Garuda, origami, sampul surat, kapal layar dan sebagainya.
Ini menunjukkan self-esteem pelajar sudah naik sangat tinggi dalam tempoh yang tidak lama. Ia benar-benar satu mukjizat. Pelajar yang telah hilang semangat pada mulanya sedang gigih berusaha menyudahkan tugasan mereka dengan sukarela.
Ini menunjukkan self-esteem pelajar sudah naik sangat tinggi dalam tempoh yang tidak lama. Ia benar-benar satu mukjizat. Pelajar yang telah hilang semangat pada mulanya sedang gigih berusaha menyudahkan tugasan mereka dengan sukarela.
Ketika memerhatikan dan mengambil gambar
kumpulan-kumpulan pelajar yang tekun menyudahkan hasil kreatif, seorang pelajar
bertubuh besar datang kepada saya.
“Cikgu, ini hasil kerja saya.” Dia menunjukkan pesawat kertas putih kosong kepada saya.
“Bagus. Ini adalah pesawat kertas kamu.
Sekarang, ini pesawat kertas ‘Air Asia’ kamu. Nanti suatu hari kamu akan
tunjukkan kepada dunia pesawat sebenar Air Asia yang kamu cipta pula.” Saya mengulang skrip pujian yang sama ke atas pelajar sebelum ini kepada pelajar di hadapan saya.
“Pesawat Garuda cikgu!” Balas pelajar
tersebut.
“Garuda?” Tanya saya kembali mahu mendapatkan kepastian. Kurang jelas dengan jawapan pelajar tersebut.
“Saya orang Indonesia, cikgu. Saya mahu cipta
pesawat Garuda buat negara Indonesia.” Balas pelajar tersebut menjawab
pertanyaan saya.
Tersenyum saya mendengarnya. Patutlah Garuda, orang Indonesia rupanya. =)
*Di bawah ini, saya sertakan foto-foto anak-anak 5 Dedikasi yang gembira menjalankan aktiviti PMD selepas diaplikasi Teknik Nabi Muhammad.
Tersenyum saya mendengarnya. Patutlah Garuda, orang Indonesia rupanya. =)
*Di bawah ini, saya sertakan foto-foto anak-anak 5 Dedikasi yang gembira menjalankan aktiviti PMD selepas diaplikasi Teknik Nabi Muhammad.